MUARA NAVAL BASE, MONDAY, 13 APRIL 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) celebrated Hari Raya Aidilfitri 1447H through a decentralised “Open Office” concept, showcasing Brunei’s rich cultural heritage across its establishments while fostering unity and togetherness among its personnel.

The celebration was graced by Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy, and accompanied by the RBN Executive Committee, with senior officers, officers and RBN personnel also in attendance. The celebration began at RBN Headquarters and Base Department before continuing across Naval Training Centre, Fleet Headquarters and Support Services Headquarters.

Each department hosted its celebration at designated locations while presenting distinct themes that reflected both tradition and modern Brunei community values. The RBN Headquarters and Base Department held their celebration at the Warrant Officers’ Mess, featuring the Warisan Melayu / Tradisi Brunei and Rumah Terbuka Moden themes. The Support Services Headquarters celebration took place at Dewan Samudera, embracing a Klasik Hari Raya theme. Fleet Headquarters conducted its celebration at Fleet Headquarters under the Nostalgia theme, while the Naval Training Centre hosted its event at the Naval Training Centre with a Suasana Kampung / Luar Rumah concept.

The decentralised approach enabled wider participation across all ranks and departments, creating a vibrant and inclusive festive atmosphere throughout the Royal Brunei Navy. The event further strengthened camaraderie and reinforced unity, embodying the true spirit of Aidilfitri as one RBN family.

Through the integration of cultural themes and shared celebrations, the occasion underscored the importance of preserving heritage while fostering organisational pride within the Royal Brunei Navy.

TLDB MEMPAMERKAN KONSEP WARISAN UNIK BRUNEI MELALUI SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SECARA OFIS TERBUKA DI JABATAN-JABATAN TLDB

PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, ISNIN 13 APRIL 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H melalui konsep Ofis Terbuka yang dilaksanakan di setiap jabatan, dengan mengetengahkan warisan budaya Brunei serta mengukuhkan perpaduan dan semangat sepadu dalam kalangan warganya.

Sambutan tersebut telah diserikan dengan kehadiran Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, dan diiringi oleh Badan Eksekutif TLDB (BETL), serta dihadiri oleh pegawai kanan, pegawai dan anggota TLDB. Sambutan ini bermula di Jabatan Markas TLDB dan Jabatan Pangkalan sebelum diteruskan ke Pusat Latihan Tentera Laut,  Markas Armada serta Markas Perkhidmatan Bantu.

Setiap jabatan menganjurkan sambutan sambil menampilkan tema masing-masing yang mencerminkan nilai tradisi Brunei. Markas TLDB dan Jabatan Pangkalan telah mengadakan sambutan di Mes Pegawai Waran dengan tema Warisan Melayu / Tradisi Brunei dan Rumah Terbuka Moden. Pusat Latihan Tentera Laut menganjurkan sambutan dengan konsep Suasana Kampung / Luar Rumah. Markas Perkhidmatan Bantu pula mengadakan sambutan di Dewan Samudera dengan tema Klasik Hari Raya manakala Markas Armada melaksanakan sambutan di Markas Armada dengan tema Nostalgia.

Sambutan Hari Raya ini membolehkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan warga TLDB, sekali gus mewujudkan suasana sambutan yang meriah dan inklusif. Sambutan ini turut memperkukuhkan hubungan silaturahim serta semangat setiakawan, mencerminkan penghayatan sebenar Aidilfitri.

Melalui penggabungan elemen warisan Brunei, sambutan Aidilfitri ini menekankan kepentingan memelihara budaya, di samping memperkukuhkan perpaduan di kalangan organisasi Tentera Laut Diraja Brunei.