BANGKOK, THAILAND, Wednesday, 19 August 2026 – The 20th ASEAN Navy Chiefs’ Meeting (ANCM) is taking place in Bangkok from 18 to 21 August 2026. Hosted by the Royal Thai Navy (RTN), the event has drawn naval chiefs and delegates representing all ASEAN member nations.
First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy, led the RBN delegation. He was accompanied by two delegates: Captain Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, RBN, Chief of Staff, and Lieutenant Commander Hj Md Akmal Waqiuddin bin Hj Md Japin, RBN, Staff Officer 2 Research.
Thailand’s Permanent Secretary of Defence, The Honourable General Tharapong Malakam, officially opened the 20th ANCM. The gathering convened naval leaders from across ASEAN to enhance regional maritime cooperation, build unity, and cultivate mutual trust via professional dialogue and upcoming collaborative initiatives.
This year’s theme, “One ASEAN, ONE Maritime Vision: Naval Cooperation for Maritime Prosperity and Sustainability in ASEAN”, the meeting focuses on upholding regional maritime security, with the overarching goal of improving the development and operational effectiveness of ASEAN naval forces. The participation of the RBN highlights its steadfast commitment to fostering regional cooperation, strengthening professional ties across ASEAN navies, and promoting peace and stability in the maritime domain.
During the event, the Commander of the RBN also had the opportunity to conduct bilateral meetings with the Chiefs of Navy from the Royal Thai Navy (RTN) and the Republic of Singapore Navy (RSN).
Looking ahead, the Republic of Singapore Navy is set to host the 21st ANCM in 2027. Next year’s gathering will be a highly significant occasion, as it coincides with both the 60th anniversary of ASEAN and the 60th anniversary of the Republic of Singapore Navy. Furthermore, the 21st ANCM will be held concurrently with several major maritime events: the 4th ASEAN Multilateral Naval Exercise (AMNEX), the International Maritime Defence Exhibition and Conference (IMDEX) Asia, and the 10th International Maritime Security Conference.
RBN MENYERTAI ASEAN NAVY CHIEFS’ MEETING (ANCM) KE-20 DI BANGKOK, THAILAND
BANGKOK, THAILAND, Rabu, 19 Ogos 2026 – ASEAN Navy Chiefs’ Meeting (ANCM) ke-20 berlangsung di Bangkok dari 18 hingga 21 Ogos 2026. Dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Thailand (TLDT), acara ini telah menghimpunkan Pemerintah-Pemerintah Tentera Laut dan delegasi yang mewakili semua negara anggota ASEAN.
Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, menghadiri mesyuarat tersebut sebagai ketuai delegasi RBN dan diiringi oleh dua orang delegasi: Kepten Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, RBN, Ketua Staf, dan Leftenan Komander Hj Md Akmal Waqiuddin bin Hj Md Japin, RBN, Pegawai Turus 2 Penyelidikan.
Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Thailand, Yang Berhormat Jeneral Tharapong Malakam, telah merasmikan ANCM ke-20. Perjumpaan tersebut menghimpunkan Pemerintah-Pemerintah tentera laut dari seluruh ASEAN untuk meningkatkan kerjasama maritim serantau, membina perpaduan, dan memupuk kepercayaan melalui dialog profesional serta inisiatif kerjasama pada masa hadapan.
Membawa tema pada tahun ini, “ONE ASEAN, ONE MARITIME VISION: Naval Cooperation for Maritime Prosperity and Sustainability in ASEAN”, mesyuarat ini memberi tumpuan kepada usaha mempertahankan keselamatan maritim serantau, dengan matlamat utama untuk meningkatkan pembangunan dan keberkesanan operasi pasukan tentera laut ASEAN. Penglibatan RBN menyerlahkan komitmen teguhnya untuk memupuk kerjasama serantau, memperkukuh hubungan profesional dalam kalangan tentera laut ASEAN, serta mempromosikan keamanan dan kestabilan dalam domain maritim.
Semasa acara tersebut, Pemerintah RBN juga berpeluang untuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama Pemerintah Tentera Laut daripada Tentera Laut Diraja Thailand (TLDT) dan Tentera Laut Republik Singapura (TLRS).
Penglibatan RBN menggariskan komitmen berterusan dalam memajukan kerjasama serantau, memperkukuh hubungan profesional dalam kalangan tentera laut ASEAN, serta memperjuangkan keamanan dan kestabilan dalam sektor maritim. Melangkah ke hadapan, Tentera Laut Republik Singapura dijadualkan menjadi tuan rumah bagi ANCM ke-21 pada tahun 2027.
Melangkah ke hadapan, Tentera Laut Republik Singapura dijadualkan menjadi tuan rumah bagi ANCM ke-21 pada tahun 2027. Perjumpaan pada tahun hadapan akan menjadi satu acara yang amat bermakna, kerana ia bertepatan dengan sambutan ulang tahun ASEAN yang ke-60 dan juga ulang tahun Tentera Laut Republik Singapura yang ke-60. Selain itu, ANCM ke-21 akan diadakan serentak dengan beberapa acara maritim utama: ASEAN Multilateral Naval Excise (AMNEX) ke-4, International Maritime Defense Exhibition and Conference (IMDEX Asia), dan International Maritime Security Conference ke-10.
















