NEWS HEADLINES

TLDB MENGUNGKAYAHKAN KEMPEN MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN ISLAM SEMPENA HUT ABDB KE-64

TLDB MENGUNGKAYAHKAN KEMPEN MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN ISLAM SEMPENA HUT ABDB KE-64

BANDAR SERI BEGAWAN, RABU, 6 OGOS 2025 – Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-64 tahun, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengungkayahkan fasa pertama Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan di empat lokasi iaitu Tanah Perkuburan Serai Pimping, Tanah Perkuburan Kampong Kianggeh, Tanah Perkuburan Kampong Tamoi, dan Tanah Perkuburan Kampong Manggis. Kempen ini merupakan salah satu inisiatif di bawah program jangkauan masyarakat.

read more
TLDB TELAH MENGADAKAN LARIAN HALF MARATHON DAN 10KM 2025

TLDB TELAH MENGADAKAN LARIAN HALF MARATHON DAN 10KM 2025

PANGKALAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI, Khamis, 31 Julai 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menganjurkan acara Half Marathon dan Larian 10km yang menyaksikan penyertaan penuh semangat daripada pegawai dan anggota dari seluruh TLDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, YM Kepten Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin. Turut hadir ialah ahli-ahli Badan Eksekutif TLDB, pegawai kanan, pegawai serta anggota TLDB.

read more
TLDB MENGENDALIKAN KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HUT ABDB KE-64

TLDB MENGENDALIKAN KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HUT ABDB KE-64

MUARA, Rabu, 30 Julai 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menganjurkan Kempen Derma Darah bersempena sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-64 tahun. Kempen ini dijalankan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan dan disokong oleh Imagine Sdn Bhd. Acara telah berlangsung di Mes Pegawai Waran, Bintara Kanan dan Bintara, Pangkalan TLDB, dan melibatkan penyertaan daripada warga serta kakitangan awam TLDB yang berjaya menyumbangkan sebanyak 129 pain darah kepada tabung darah negara.

read more
TLDB TELAH MENGADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN JUBLI INTAN PERKAHWINAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA

MUARA, ISNIN, 28 JULAI 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Jubli Intan Perkahwinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, yang berlangsung di Surau Al-Huda, Pangkalan TLDB.

read more