NEWS HEADLINES
TLDB MENGADAKAN KEMPEN MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG PULAIE DAN JALAN RESIDENCY SEMPENA JUBLI INTAN TLDB
BRUNEI-MUARA, JUMAAT, 26 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan dua kempen membersihkan tanah perkuburan Islam sempena memperingati Jubli Intan TLDB. Aktiviti ini berlangsung serentak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulaie dan Tanah Perkuburan Islam Jalan Residency, yang masing-masing dikendalikan oleh Jabatan Pangkalan dan Jabatan Armada B.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DAN TENTERA LAUT REPUBLIK SINGAPURA MENJALANI EKSESAIS PELICAN 43/2025
MUARA, JUMAAT, 26 SEPTEMBER 2025 – Eksesais PELICAN 43/2025, iaitu latihan dua-hala tahunan antara Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Republik Singapura (TLRS), telah berjaya dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam dari 23 hingga 26 September 2025. Latihan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh hubungan profesional serta meningkatkan interoperabiliti antara kedua-dua angkatan laut, sekali gus menggalakkan pemahaman dan kerjasama dalam operasi maritim.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DAN TENTERA LAUT REPUBLIK SINGAPURA MELAKSANAKAN ELEP KEDUA 2025
MUARA, KHAMIS, 25 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Republik Singapura (TLRS) telah berjaya melaksanakan Engineering and Logistics Exchange Programme (ELEP) Kedua, yang berlangsung dari 22 hingga 25 September 2025 di Pangkalan TLDB, Muara.
PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA ATASE PERTAHANAN PERANCIS TIDAK MENETAP KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
MUARA, RABU, 24 SEPTEMBER 2025 – Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), telah menerima kunjungan hormat daripada Leftenan Kolonel (Udara) Philippe Quemaris, Atase Pertahanan Perancis Tidak Menetap ke Negara Brunei Darussalam. Mengiringi beliau ialah Puan Yang Terutama Eve Lubin, Duta Besar Perancis ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Komander Sonny Iskandar bin Rasani, Ketua Staf TLDB.
BAKTI TLDB MENGADAKAN SUKAN ‘FUN BADMINTON 2025’
RIMBA, Ahad, 21 September 2025 – Badan Kebajikan Isteri-Isteri (BAKTI) Tentera Laut Diraja Brunei telah berjaya mengadakan Fun Badminton 2025 di Kompleks Sukan TUDB, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Acara tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran Haniwati binti Hj Bakar, isteri Pemerintah TLDB merangkap Ketua BAKTI, bersama ahli-ahli BAKTI yang lain.
MAJLIS PENUTUP KURSUS DAN PENYAMPAIAN SIJIL BAGI KURSUS CHIEF SUPERVISOR MARINE DAN WEAPON ENGINEERING 2025
MUARA, JUMAAT, 19 SEPTEMBER 2025 – Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Sijil bagi Kursus Chief Supervisor Marine dan Weapon Engineering 2025 telah berlangsung di Mes PTB Kanan, Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Muara.





