BRUNEI-MUARA, TEUSDAY, 3 MARCH 2026 – In conjunction with the Holy Month of Ramadhan 1447H, the Royal Brunei Navy (RBN) conducted a two-day cleaning campaign at selected mosques across the Brunei-Muara District. The initiative saw the participation of officers and personnel from the RBN Fleet Headquarters, Support Services Headquarters, Base Department, and Naval Training Centre.

On the first day, personnel from the RBN Fleet Headquarters carried out cleaning works at Masjid Setia Ali, led by Commander Ade Roddiane bin Haji Mohammad Rosdi, RBN, Deputy Fleet Commander. Concurrently, personnel from Base Department conducted similar campaign at Masjid Kampong Perpindahan Serasa.

On the second day, the Support Services Headquarters conducted their cleaning campaign at Masjid Az-Zakireen, RPN Kampong Meragang, with Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Commandant Support Services as the Senior Officer in attendance. Meanwhile, the Naval Training Centre carried out cleaning works at Masjid Kampong Batu Marang, led by Lieutenant Commander Pg Muhd Saifullah Abd Azim bin Pg Abdullah, RBN, Officer Commanding Training Development Wing.

All activities commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Sunat Tahiyatul Masjid prayer, before proceeding with the cleaning works. Personnel undertook various tasks including sweeping and mopping prayer halls, cleaning ablution areas, tidying mosque compounds, and ensuring a conducive and comfortable environment for congregants throughout Ramadhan. The initiative reflects the Royal Brunei Navy’s continued commitment towards corporate social responsibility and strengthening civil-military relations, while embodying the values of discipline, teamwork and service to the nation in supporting the spiritual well-being of the community.

——–

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI LAKSANAKAN KEMPEN KEBERSIHAN SELAMA DUA HARI DI BEBERAPA BUAH MASJID SEMPENA RAMADHAN 1447H

BRUNEI-MUARA, SELASA, 3 MAC 2026 – Sempena Bulan Suci Ramadhan 1447H, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah melaksanakan Kempen Kebersihan selama dua hari di beberapa buah masjid di Daerah Brunei-Muara. Inisiatif ini melibatkan penyertaan pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota daripada Markas Armada, Markas Perkhidmatan Bantu, Jabatan Pangkalan, dan Pusat Latihan Tentera Laut.

Pada hari pertama, anggota daripada Markas Armada telah melaksanakan kempen pembersihan di Masjid Setia Ali yang diketuai oleh Komander Ade Roddiane bin Haji Mohammad Rosdi, TLDB, Timbalan Pemerintah Armada TLDB. Pada masa yang sama, anggota daripada Jabatan Pangkalan turut menjalankan kerja-kerja pembersihan di Masjid Kampong Perpindahan Serasa.

Pada hari kedua, Markas Perkhidmatan Bantu telah mengadakan kempen pembersihan di Masjid Az-Az-Zakireen, RPN Kampong Meragang yang diketuai oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Komandan Perkhidmatan Bantu selaku Pegawai Terkanan yang hadir. Sementara itu, Pusat Latihan Tentera Laut turut melaksanakan kerja-kerja pembersihan di Masjid Kampong Batu Marang yang diketuai oleh Leftenan Komander Pg Muhd Saifullah Abd Azim bin Pg Abdullah, TLDB, Pegawai Memerintah Perkembangan Latihan Laut.

Kesemua aktiviti dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah bagi memohon keberkatan sebelum kerja-kerja pembersihan diteruskan. Antara kerja yang dilaksanakan termasuk menyapu dan mengemop ruang solat, membersihkan kawasan tempat wuduk, mengemas persekitaran masjid serta memastikan suasana yang bersih dan selesa bagi para jemaah sepanjang bulan Ramadhan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Tentera Laut Diraja Brunei terhadap tanggungjawab sosial serta dalam memperkukuhkan hubungan awam-tentera, di samping menghayati nilai disiplin, kerjasama dan khidmat kepada negara dalam menyokong kesejahteraan rohani masyarakat.