MUARA, Wednesday, 2 September 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) held the Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) Baton Drill Competition 2026 at the RBN Parade Square.

The competition was organised as part of the RBN’s continuous efforts to enhance the standard of individual drill and team baton drill among Senior Non-Commissioned Officers, while preserving regimentation and strengthening the participants’ discipline, mental resilience, and physical endurance.

A total of seven teams participated in the competition, comprising representatives from departments under Fleet Headquarters and Base Department. Each team demonstrated its baton drill proficiency, with performances assessed by invited judges. The competition also served as a platform to evaluate the standard and quality of baton drill among RBN Senior Non-Commissioned Officers, as well as to identify suitable representatives to compete in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Baton Drill Competition.

The prize presentation ceremony was attended by First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy, as the Guest of Honour. The ceremony also included the presentation of tokens of appreciation to the invited judges, followed by prizes for the Best Turnout, Best Team Commander, Second Runner-Up, Runner-Up, and Champion categories. The Challenge Trophy was presented to Armada A Team 1, which emerged as the Champion of the RBN Senior Non-Commissioned Officers Baton Drill Competition 2026.

Armada A Team 1 was also awarded the Best Turnout title, while WO2 Hairol Azmi Bin Haji Metusin, RBN, received the Best Team Commander award. Armada A Team 2 secured Second Runner-Up, while Pangkalan A Team 1 finished as Runner-Up.

The competition is expected to continue serving as an important platform for strengthening drill standards, discipline, and esprit de corps among RBN personnel, in line with the Navy’s continuous efforts to maintain operational readiness and uphold the highest standards of regimentation.

——

MUARA, Rabu, 2 September 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Perlawanan Kawad Tongkat PTB Kanan TLDB Tahun 2026 yang berlangsung di Padang Kawad TLDB.

Perlawanan tersebut dianjurkan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan TLDB untuk meningkatkan standard kawad perseorangan dan kawad tongkat berpasukan dalam kalangan PTB Kanan, di samping mengekalkan nilai-nilai regimental serta memperkukuhkan disiplin, ketahanan mental dan fizikal para peserta.

Seramai tujuh kumpulan telah menyertai perlawanan tersebut yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan di bawah Markas Armada dan Jabatan Pangkalan. Setiap kumpulan telah mempamerkan kemahiran kawad tongkat masing-masing yang dinilai oleh barisan wasit jemputan. Perlawanan ini turut menjadi platform untuk menilai standard dan mutu kawad tongkat dalam kalangan PTB Kanan TLDB, di samping mengenal pasti wakil yang bersesuaian untuk diketengahkan ke Perlawanan Kawad Tongkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan dengan kehadiran Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, selaku Tetamu Kehormat. Majlis turut menyaksikan penyampaian cenderahati penghargaan kepada para wasit jemputan, diikuti dengan penyampaian hadiah bagi kategori Pakaian Terbaik, Ketua Kumpulan Terbaik, Tempat Ketiga, Naib Johan dan Johan. Piala Pusingan turut disampaikan kepada Armada A Kumpulan 1 yang berjaya muncul sebagai Johan Perlawanan Kawad Tongkat PTB Kanan TLDB Tahun 2026.

Armada A Kumpulan 1 turut dinobatkan sebagai penerima anugerah Pakaian Terbaik, manakala PW2 Hairol Azmi bin Haji Metusin, TLDB menerima anugerah Ketua Kumpulan Terbaik. Armada A Kumpulan 2 berjaya meraih Tempat Ketiga, manakala Pangkalan A Kumpulan 1 muncul sebagai Naib Johan.

Perlawanan ini diharap akan terus menjadi wadah penting dalam memperkukuhkan standard kawad, disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan anggota TLDB, selaras dengan usaha berterusan pasukan untuk mengekalkan tahap kesiapsiagaan operasi serta menjunjung standard regimental yang tinggi.