United Kingdom, 7 August 2026 – Two Royal Brunei Navy (RBN) officers, Lieutenant Pengiran Mohammad Haqqul Matin bin Pengiran Anak Ishaq, RBN, and Lieutenant Junior Grade Mohammad Saires bin Serungi, RBN, successfully completed the International Long Navigation Course (ILNC 26/01) at HMS COLLINGWOOD, United Kingdom. The 14-week course was conducted from 30 April to 7 August 2026.

Both officers received the Course Attainment Award of Distinction in recognition of their outstanding performance, dedication and professional competence throughout the course.

The course delivered comprehensive theoretical and practical training in advanced navigation, passage planning, pilotage, shiphandling, maritime operations and the responsibilities of a navigating officer. The officers also applied their knowledge through demanding simulator exercises and sea-based assessments conducted in various navigational environments around the United Kingdom.

The specialist skills gained will strengthen the officers’ ability to plan and execute safe navigation, operate effectively in complex and confined waters, support bridge teams and make timely navigational decisions under challenging conditions. Their exposure to international practices will also enhance professional standards and encourage the continued sharing of knowledge within the RBN.

This achievement supports the RBN’s continued development of qualified maritime specialists. By strengthening its navigation expertise, the RBN enhances the safety and effectiveness of its vessels, improves operational readiness and builds a more capable and resilient force to meet present and future maritime challenges.

Congratulations to both officers on their excellent achievement.

MELAKAR KECEMERLANGAN: PEGAWAI TLDB TAMAT INTERNATIONAL LONG NAVIGATION COURSE

United Kingdom, 7 Ogos 2026 – Dua orang pegawai Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Leftenan Pengiran Mohanmad Haqqul Matin bin Pengiran Anak Ishaq, TLDB, dan Leftenan Madya Mohammad Saires bin Serungi, TLDB, telah berjaya menamatkan International Long Navigation Course (ILNC 26/01) di HMS COLLINGWOOD, United Kingdom. Kursus selama 14 minggu tersebut telah dilaksanakan dari 30 April hingga 7 Ogos 2026.

Kedua-dua pegawai telah menerima Course Attainment Award of Distinction sebagai pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang, dedikasi dan kompetensi profesional yang ditunjukkan sepanjang kursus.

Kursus tersebut merangkumi latihan teori dan praktikal dalam navigasi lanjutan, perancangan pelayaran, pilotage, pengendalian kapal, operasi maritim serta tanggungjawab seorang Pegawai Navigasi. Para pegawai turut mengaplikasikan pengetahuan mereka melalui latihan simulator yang mencabar dan penilaian praktikal di laut dalam pelbagai persekitaran navigasi di sekitar United Kingdom.

Kemahiran khusus yang diperoleh akan meningkatkan keupayaan para pegawai dalam merancang dan melaksanakan pelayaran dengan selamat, mengendalikan kapal di perairan kompleks dan terhad, menyokong pasukan anjungan serta membuat keputusan navigasi yang tepat dalam situasi mencabar. Pendedahan kepada amalan antarabangsa juga akan meningkatkan piawaian profesional dan menggalakkan perkongsian pengetahuan secara berterusan dalam TLDB.

Pencapaian ini mendukung usaha berterusan TLDB dalam melahirkan pakar maritim yang berkelayakan. Pengukuhan kepakaran navigasi akan meningkatkan keselamatan dan keberkesanan kapal-kapal TLDB, mempertingkatkan kesiapsiagaan operasi serta membina sebuah angkatan yang lebih berkeupayaan dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran maritim masa kini dan akan datang.

Tahniah kepada kedua-dua pegawai atas pencapaian cemerlang tersebut.