The Royal Brunei Navy (RBN) hosted a delegation from the Republic of Singapore Navy (RSN) for the Final Planning Conference (FPC) for Exercise PELICAN 44/26, held from Monday, 20 July to Thursday, 23 July 2026, at Muara Naval Base.
The respective delegations were led by Lieutenant Commander Mohamad Arif Hj Tajuddin, RBN, Commanding Officer of KDB AS-SIDDIQ, and Lieutenant Colonel Ong Chong-Yu, RSN, Commanding Officer of Clearance Diving Group.
During the conference, both delegations finalised the exercise concept, objectives and programme of training serials. Discussions also addressed command-and-control arrangements, safety considerations, logistics, communications and administrative coordination to ensure the safe and effective conduct of the exercise.
Exercise PELICAN 44/26 aims to strengthen cooperation and interoperability between the two navies while enhancing their ability to operate together in a range of maritime scenarios. The exercise also reflects the longstanding defence relationship between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore, founded upon mutual trust, professional respect and close camaraderie among their officers and sailors.
As part of the programme, Captain Sonny Iskandar bin Rasani, RBN, Fleet Commander of the Royal Brunei Navy, hosted an official dinner to welcome the RSN delegation and reaffirm the close professional ties shared by both navies.
The successful conclusion of the FPC marks an important milestone in preparations for Exercise PELICAN 44/26, scheduled to take place in early October 2026. Both delegations reaffirmed their commitment to ensuring that the exercise is conducted safely, professionally and successfully.
TLDB dan TLRS Sempurnakan Persidangan Perancangan Akhir bagi Latihan PELICAN 44/26
Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menjadi tuan rumah kepada delegasi Tentera Laut Republik Singapura (TLRS) bagi Persidangan Perancangan Akhir (Final Planning Conference) untuk Eksesais PELICAN 44/26 yang berlangsung bermula dari Isnin, 20 Julai hingga Khamis, 23 Julai 2026 di Pangkalan Tentera Laut, Muara.
Delegasi masing-masing diketuai oleh Leftenan Komander Mohamad Arif Hj Tajuddin, TLDB, Pegawai Pemerintah KDB AS-SIDDIQ, dan Leftenan Kolonel Ong Chong-Yu, TLRS, Pegawai Pemerintah Clearance Diving Group.
Sepanjang persidangan tersebut, kedua-dua delegasi telah memuktamadkan konsep latihan, objektif serta program siri-siri latihan yang akan dilaksanakan. Perbincangan turut merangkumi pengaturan pemerintahan dan kawalan, aspek keselamatan, logistik, komunikasi serta penyelarasan pentadbiran bagi memastikan latihan dapat dilaksanakan dengan selamat dan berkesan.
Eksesais PELICAN 44/26 bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama dan interoperabiliti antara kedua-dua angkatan laut, di samping meningkatkan keupayaan mereka untuk beroperasi bersama dalam pelbagai senario maritim. Latihan ini juga mencerminkan hubungan pertahanan yang sekian lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, yang diasaskan atas kepercayaan bersama, penghormatan profesional serta semangat setiakawan yang erat dalam kalangan pegawai dan anggota kedua-dua angkatan laut.
Sebagai sebahagian daripada program tersebut, Kepten Sonny Iskandar bin Rasani, TLDB, Pemerintah Armada Tentera Laut Diraja Brunei, telah menghoskan satu majlis makan malam rasmi bagi mengalu-alukan delegasi TLRS serta mengukuhkan hubungan profesional yang rapat antara kedua-dua angkatan laut.
Kejayaan pelaksanaan Persidangan Perancangan Akhir ini menandakan satu pencapaian penting dalam persiapan menjelang Eksesais PELICAN 44/26 yang dijadualkan akan berlangsung pada awal Oktober 2026. Kedua-dua delegasi turut menegaskan komitmen mereka untuk memastikan latihan tersebut dilaksanakan dengan selamat, profesional dan berjaya.










