Tetamu Kehormat bagi acara adalah Yang Mulia Lt Kdr Ali Mustafa Bin Hj Umar, Timbalan Pegawai Pemerintah PLTL.


Matlamat Acara Sukan Belapan dan Tarik Kalat ini diadakan adalah bertujuan bagi mengeratkan silaturahim diantara jurulatih-jurulatih dan penuntut PLTL. Ianya juga memberi peluang bagi pertama kalinya kepada penuntut dari Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pemangku Laskar Kanan Siri 02/2016 untuk menyelenggarakan perlaksanaan acara ini sebagai sebahagian daripada penilaian akhir keperluan kursus dari segi perancangan awal, latihan table top dan perlaksanaannya.


Acara ini adalah salah satu daripada aktiviti yang diselenggarakan oleh semua Kursus Kepimpinan dan Pengurusan yang dikendalikan oleh PLTL TLDB. Bagi memeriahkan lagi acara tersebut, turut hadir sama adalah jurulatih-jurulatih dan penuntut-penuntut PLTL yang sedang menjalani kursus.