Jumaat, 25 November 2016 – Penutup Kursus Asas Selam TLDB bagi siri 02/2016 iaitu pengambilan ke 16 telah dijalankan. Seramai 6 anggota TLDB telahpun berjaya menamatkan dan lulus kursus yang penuh intensif.

Anggota peserta kursus ini telah pun dilengkapkan dengan ilmu asas selaman iaitu mengikut program dan latihan berbentuk teori dan praktikal. Ini termasuklah program minggu operasi (minggu terakhir) yang mana semua peserta kursus berpeluang melaksanakan berbagai aktiviti bagi meningkatkan kerjasama, daya tahan mental dan fizikal.

Turut hadir dimajlis tersebut selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Latihan, Yang Mulia Komander Khairil bin Haji Abdul Rahman, TLDB bagi menyampaikan sijil kursus dan buku Log Selaman kepada peserta—peserta kursus.

Dalam ucapan penutup kursus ini, beliau menyarankan kepada semua peserta—peserta kursus dan semua anggota yang hadir untuk mengekalkan nilai—nilai kerjasama dan disiplin bagi meningkatkan keberkesanan satu pasukan.