BOLKIAH GARISON, KHAMIS, 06 NOVEMBER 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi tadi berkenan mengurniakan lencana pangkat Leftenan Kolonel kepada Paduka Anakanda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ’Abdul Mateen, serta kepada tiga (3) orang Pegawai Kanan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang telah dinaikkan pangkat daripada Leftenan Komander kepada Komander. Majlis Kenaikan Pangkat tersebut telah berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison.