JAKARTA, SUNDAY 7 DECEMBER 2025 – Two officers from the Royal Brunei Navy (RBN) recently embarked aboard the People’s Liberation Army Navy (PLAN) training ship Zheng He 81, as part of a multinational deployment from Malaysia to Indonesia. The Chinese naval task group — including Zheng He 81, alongside training vessel Xiangqianjin‑1 (pennant 88) and amphibious ship Changbaishan (989) — sailed from Port Klang, Malaysia through the Strait of Malacca and Singapore Strait, before arriving at Jakarta’s Tanjung Periok port.
During the voyage and port visits, RBN officers joined other navy personnel from ASEAN countries — including Malaysia, Vietnam, Myanmar, and Thailand — as well as contingents from non-ASEAN nations such as Brazil and Saudi Arabia. This exchange formed part of the PLAN’s ocean-going training mission, enabling participating officers to observe PLAN operational procedures, navigation practices and shipboard routines aboard a modern foreign warship.
The involvement of RBN officers in this deployment underscores a growing emphasis on expanding cooperation and professional exchange with China’s navy. Such participation not only broadens RBN’s exposure to different naval doctrines and operational standards but also contributes to strengthening maritime ties in the region. Through constructive engagement and shared training opportunities, this initiative reinforces mutual understanding, promotes interoperability, and advances long-term maritime security cooperation.
--------
PENYERTAAN DALAM PELAYARAN LATIHAN PEOPLE’S LIBERATION ARMY NAVY (PLA-N) MENGUKUHKAN PERSAHABATAN DAN KERJASAMA MARITIM DI PERINGKAT AKAR UMBI
JAKARTA, AHAD, 7 DISEMBER 2025 – Dua orang pegawai Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) baru-baru ini telah menaiki kapal latihan People's Liberation Army Navy (PLAN), Zheng He 81, bagi menyertai latihan pelbagai negara yang bermula dari Malaysia menuju ke Indonesia. Rombongan kapal-kapal Cina yang menyertai pelayaran tersebut terdiri daripada kapal latihan Zheng He 81 dan Xiangqianjin-1 88 serta kapal amfibia Changbaishan 989, telah membuat pelayaran dari Pelabuhan Klang, Malaysia melalui Selat Melaka dan Selat Singapura sebelum tiba di Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta. Ia merupakan sebahagian daripada pelayaran lebih besar yang bermula di China menuju ke Vietnam, Malaysia dan Indonesia, dan seterusnya kembali ke China.
Sepanjang pelayaran dan lawatan di beberapa pelabuhan, pegawai TLDB telah ikut serta bersama beberapa anggota tentera laut lain dari negara ASEAN termasuk Malaysia, Vietnam, Myanmar dan Thailand serta kontinjen dari negara lain seperti Brazil dan Arab Saudi. Pelayaran ini merupakan sebahagian daripada misi latihan bagi kapal-kapal PLAN, yang mana ia turut memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi prosedur operasi, kemahiran navigasi dan rutin harian di atas sebuah kapal perang moden asing.
Penglibatan pegawai TLDB dalam pelayaran ini menekankan akan peningkatan dalam kerjasama dan pertukaran profesional di antara TLDB dan Tentera Laut China. Penyertaan sebegini bukan sahaja dapat meluaskan pendedahan TLDB kepada doktrin dan tahap operasi tentera laut yang lain, malah ia juga turut menyumbang dalam mengukuhkan hubungan maritim serantau. Melalui penglibatan konstruktif dan latihan bersama, inisiatif ini dapat mengukuhkan persefahaman, memupuk kerjasama dan memajukan keselamatan maritim dalam jangka panjang.