MUARA NAVAL BASE, SUNDAY, 7 DECEMBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) recently hosted the 13th iteration of the Navy-to-Navy Talks (NTNT) with the Republic of Singapore Navy (RSN), marking another meaningful step in the long-standing defence relationship between both navies. The programme commenced with a Courtesy Call to the Acting Commander RBN, Captain Khairil bin Haji Abdul Rahman, by RSN Delegations led by Colonel Ooi Tjin Kai, Head of Naval Operations. The program was then followed by the opening of the 13th NTNT meeting at the Officers’ Mess. The RSN delegation also participated in cultural visits to Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampong Ayer, and the Eco-Corridor as part of the engagement programme.
Throughout the talks, both sides reviewed the outcomes of previous NTNT agreements and signed the Minutes of Meeting, reaffirming shared commitments in operational cooperation, training, professional exchanges, and future initiatives. This annual platform remains significant in maintaining structured dialogue between RBN and RSN, ensuring smooth coordination, strengthened interoperability, and continuous alignment of defence priorities in an increasingly dynamic maritime environment.
The close and enduring relationship between RBN and RSN continues to be a model of strong regional maritime partnership. Over decades of cooperation, both navies have built deep professional trust through joint exercises, reciprocal visits, personnel exchanges, and sustained operational collaboration.
---------
MEMPERKUKUH JALINAN KERJASAMA MARITIM: TLDB–TLRS LAKSANAKAN MESYUARAT NAVY-TO-NAVY TALKS KE-13 DI BRUNEI 🇧🇳🤝🇸🇬
PANGKALAN MUARA, AHAD, 7 DISEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) baru-baru ini telah menghoskan 13th Navy-to-Navy Talks (NTNT) bersama Tentera Laut Republik Singapura (TLRS), menandakan satu lagi perkembangan penting dalam hubungan pertahanan dua hala yang telah lama terjalin. Program dimulakan dengan Kunjungan Hormat kepada Pemangku Pemerintah TLDB, Kepten Khairil bin Haji Abdul Rahman, TLDB, oleh delegasi TLRS yang diketuai oleh Kolonel Ooi Tjin Kai, Ketua Operasi Tentera Laut Republik Singapura. Seterusnya, Mesyuarat NTNT ke-13 telah berlangsung di Mes Pegawai TLDB. Delegasi TLRS turut membuat lawatan budaya ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampong Ayer dan Eco-Corridor sebagai sebahagian daripada program yang dijalankan.
Sepanjang mesyuarat, kedua-dua pihak membincangkan pencapaian kerjasama NTNT sebelum ini dan menandatangani Minit Mesyuarat, sekali gus mengesahkan komitmen bersama dalam kerjasama operasi, latihan, pertukaran profesional serta inisiatif masa hadapan. Platform tahunan ini terus memainkan peranan penting dalam mengekalkan dialog berstruktur antara TLDB dan TLRS, memastikan penyelarasan yang lancar, peningkatan operasi, serta penjajaran keutamaan pertahanan dalam persekitaran maritim yang semakin dinamik.
Hubungan erat dan berterusan antara TLDB dan TLRS kekal sebagai contoh kukuh kerjasama maritim serantau. Sepanjang dekad hubungan ini, kedua-dua angkatan laut telah membina kepercayaan profesional yang mendalam melalui latihan bersama, pertukaran anggota dan kerjasama operasi yang konsisten, mencerminkan komitmen bersama terhadap keamanan dan keselamatan maritim di rantau ini