Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

EKSESAIS SEMBILANG SIRI 18/25: BUKTI KUKUH KERJASAMA DIPERTINGKAT ANTARA TLDB DAN POLMAR

MUARA, 27 NOVEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Polis Marin Pasukan Polis Diraja Brunei (POLMAR PPDB) hari semalam secara rasmi menamatkan Eksesais SEMBILANG Siri 18/25 dalam majlis penutup yang berlangsung di POLMAR, menandakan kejayaan pelaksanaan program selama empat hari yang bertujuan memperkukuhkan koordinasi maritim antara kedua-dua agensi.


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Kepten Sonny Iskandar bin Rasani, Pemerintah Armada TLDB yang menyampaikan ucapan penutup di mana beliau menekankan kepentingan profesionalisme, kerjasama yang berkesan dan penyelarasan antara TLDB dan Polis Marin sepanjang semua fasa eksesais. Beliau turut menegaskan bahawa eksesais ini berjaya memperkukuh semangat berpasukan, kesiapsiagaan operasi dan keselamatan maritim, sekaligus menandakan penutupan rasmi Eksesais SEMBILANG 18/25.

Walaupun berdepan keadaan angin kencang dan laut bergelora, semua siri latihan berjaya dilaksanakan dengan selamat, teratur dan mengikut jadual. Fasa laut dapat dijalankan dengan jayanya, mencerminkan keupayaan kedua-dua agensi untuk menyesuaikan diri serta komited mencapai kejayaan misi. Sebelum majlis penutup, anggota TLDB dan POLMAR turut menyertai perlawanan sukan interaksi, di mana POLMAR muncul sebagai juara Piala SEMBILANG. Aktiviti ini mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan mempererat hubungan kerja antara kedua-dua agensi.

Secara keseluruhannya, Eksesais SEMBILANG 18/25 mencapai objektifnya dan mengukuhkan lagi kepentingan perancangan yang fleksibel, penggunaan aset yang berkesan serta koordinasi antara agensi dalam operasi maritim. Majlis berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai dan tayangan video yang memaparkan siri-siri latihan sepanjang eksesais, memperlihatkan kerjasama serta keupayaan yang dipamerkan oleh kedua-dua agensi.

--------------

MUARA, 27 NOVEMBER 2025 — The Royal Brunei Navy (RBN) and the Marine Police of the Royal Brunei Police Force (MARPOL RBPF) yesterday officially concluded Exercise SEMBILANG Series 18/25 in a ceremony held at MARPOL, marking the successful completion of the four-day programme designed to strengthen inter-agency maritime coordination.


The closing ceremony was officiated by Captain Sonny Iskandar bin Rasani, Fleet Commander RBN, who delivered the closing remarks. In his speech, he underscored the importance of strong professionalism, effective cooperation, and seamless coordination between the Royal Brunei Navy and the Marine Police throughout all phases of the exercise. He highlighted how the exercise enhanced teamwork, operational readiness, and maritime security, culminating in the formal deactivation of Exercise SEMBILANG 18/25.

Despite strong winds and rough sea conditions, all serials were conducted safely, efficiently, and according to schedule. The sea phase was successfully executed, demonstrating both agencies’ adaptability and commitment to mission success. Prior to the closing ceremony, RBN and MARPOL personnel participated in a friendly interaction sports competition, in which MARPOL emerged as the winner of the SEMBILANG Cup. This engagement further strengthened teamwork and deepened the positive working relationship between both agencies.

Overall, Exercise SEMBILANG 18/25 achieved its objectives and reinforced the importance of flexible planning, effective asset utilisation, and close inter-agency coordination in maritime operations. The ceremony concluded with a group photo session, followed by a video presentation highlighting the serials conducted throughout the exercise, showcasing the cooperation and capabilities demonstrated by both agencies.