Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MEMPERKUKUH KESIAPSIAGAAN MARITIM BERSAMA – TLDB DAN POLMAR MULAKAN EKSESAIS SEMBILANG KE-18

MUARA, ISNIN, 24 NOVEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Polis Marin (POLMAR), Pasukan Polis Diraja Brunei telah memulakan Eksesais SEMBILANG 18/2025 pada hari semalam, menandakan penganjuran kali ke-18 bagi latihan penyelarasan maritim antara kedua-dua agensi.

Eksesais pada tahun ini dikendalikan oleh POLMAR dan akan berlangsung dari 24 hingga 27 November 2025. Bersempena pembukaan eksesais, Pemerintah Armada TLDB, Kepten Sonny Iskandar bin Rasani, telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Pemangku Pengarah Operasi, ACP Haji Hamri bin Haji Abdul Hanafiah, di Ibu Pejabat POLMAR, di mana kedua-dua pihak menegaskan komitmen yang berterusan dalam memperkukuh hubungan kerjasama. Kunjungan tersebut diikuti dengan Majlis Perasmian, yang menandakan permulaan eksesais. Turut hadir ialah pegawai dan anggota TLDB yang terlibat sebagai pasukan peneraju.

Dalam ucapan pembukaannya, Pemangku Pengarah Operasi menekankan kepentingan dalam memperkukuh kesiapsiagaan maritim melalui keupayaan tindak balas yang pantas, sistem perintah yang dipertingkatkan, serta mempelajari sistem operasi yang moden. Beliau turut menegaskan bahawa usaha-usaha ini akan dapat mengukuhkan kedaulatan negara dan ketahanan ekonomi, sekali gus mencerminkan komitmen Negara Brunei Darussalam untuk mencapai aspirasi Wawasan 2035 dalam suasana yang aman dan selamat.

Eksesais SEMBILANG 18/2025 merangkumi empat hari aktiviti bersepadu, termasuk Fasa Pelabuhan dan Fasa Laut, yang bertujuan untuk meningkatkan koordinasi dan komunikasi antara kedua-dua agensi.

Penganjuran kali ini turut melibatkan dua buah Interceptor Class Boat – PDB 22 dan PDB 23 milik POLMAR – serta Kapal Peronda Laju KDB AFIAT, Kapal Pendarat KDB SERASA, dan Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) daripada Naval Surface Action Group (NAVSAG) TLDB.

Latihan ini memberi tumpuan kepada pengembangan ilmu, perkongsian pengalaman serta aspek keselamatan maritim, sekali gus memperkukuh profesionalisme dan interoperabiliti antara semua peserta. Pendekatan ini memastikan kedua-dua agensi mampu melaksanakan operasi dengan lebih mantap, selaras dan berkesan.​

----------------

ENHANCING MARITIME SYNERGY: ROYAL BRUNEI NAVY AND MARINE POLICE LAUNCH 18TH ITERATION OF EXERCISE SEMBILANG


MUARA, Monday, 24 November 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) and the Marine Police (MARPOL) of the Royal Brunei Police Force have officially commenced Exercise SEMBILANG 18/2025 yesterday, marking the 18th iteration of this long-standing inter-agency maritime coordination exercise.

This year’s exercise is led by MARPOL which will be held from 24 to 27 November 2025. In conjunction with the opening, the Fleet Commander of the RBN, Captain Sonny Iskandar bin Rasani, paid a courtesy call to the Acting Director of Operations, ACP Haji Hamri bin Haji Abdul Hanafiah, at the MARPOL Headquarters, where both sides reaffirmed their commitment to continued close cooperation. The courtesy call was followed by the Officiating Ceremony, signifying the commencement of the exercise. In attendance were RBN officers and personnel comprising the lead exercise team.

In his opening remarks, the Acting Director of Operations underscored the importance of strengthening maritime readiness through rapid response capabilities, an enhanced command system, and modern operational practices. He emphasised that such efforts reinforce national sovereignty and economic resilience, demonstrating Brunei Darussalam’s commitment to achieving the Wawasan 2035 aspiration within a safe and secure environment.

Exercise SEMBILANG 18/2025 features four days of combined activities, including Harbour Phase and Sea Phase evolutions designed to enhance coordination and communication between the two agencies.
This year’s iteration involves two Intercept Craft Boats – PDB 22 and PDB 23 from MARPOL – as well as the Fast Patrol Boat KDB AFIAT, Landing Craft KDB SERASA, and the Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) from RBN’s Naval Surface Action Group (NAVSAG).

The exercise focuses on expanding knowledge and sharing experiences related to maritime safety and security, further strengthening professionalism and interoperability among all participants. By doing so, the exercise aims to ensure that both agencies can operate seamlessly during real-world missions.