BRUNEI MUARA, SELASA, 11 NOVEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) sekali lagi melaksanakan kempen membersihkan tanah perkuburan Islam sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-64 sebagai sebahagian daripada program khidmat masyarakat TLDB yang bertujuan memberi sumbangan khidmat bakti kepada masyarakat setempat.
Kempen ini dijalankan secara serentak di empat (4) lokasi tanah perkuburan di Daerah Brunei Muara iaitu Tanah Perkuburan Kampong Salambigar, Tanah Perkuburan Kampong Lubok Pulau, Tanah Perkuburan Kampong Sungai Kebun, dan Tanah Perkuburan Damu’an.
Hadir di setiap lokasi tanah perkuburan sebagai pegawai terkanan ialah ahli-ahli Badan Eksekutif Tentera Laut mengikut jabatan masing-masing. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, serta anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).
Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada usaha Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam memupuk semangat kemasyarakatan dan menyumbang kepada masyarakat umum, di samping meningkatkan nilai kerohanian serta tanggungjawab sosial dalam kalangan warga Brunei.
----------
ROYAL BRUNEI NAVY CONDUCTS SECOND SERIES OF ISLAMIC CEMETERY CLEANING CAMPAIGN IN CONJUNCTION WITH THE 64TH RBAF ANNIVERSARY
BRUNEI MUARA, TUESDAY, 11 NOVEMBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) once again conducted the Second Series of the Islamic Cemetery Cleaning Campaign in conjunction with the 64th Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) as part of its community service programme aimed at contributing voluntary service to the local community.
The campaign was conducted simultaneously at four (4) cemetery locations in the Brunei Muara District, namely Kampong Salambigar Cemetery, Kampong Lubok Pulau Cemetery, Kampong Sungai Kebun Cemetery, and Damu’an Cemetery.
Present at each cemetery location as the senior representatives were members of the Royal Brunei Navy Executive Body according to their respective departments. Also in attendance were senior officers, officers, and personnel of the Royal Brunei Navy (RBN).
This activity forms part of the Royal Brunei Armed Forces’ (RBAF) continuous efforts to foster community spirit and contribute to the general public, while strengthening spiritual values and promoting social responsibility among the people of Brunei.