MUARA, JUMAAT, 31 OKTOBER 2025 – Pegawai-Pegawai Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah meluangkan masa untuk berehat dan bersantai dalam acara bertemakan “Stand at Ease” yang diadakan pada sebelah petang di Squad Hut berhampiran Mes Pegawai TLDB. Acara ini memberikan peluang kepada para pegawai untuk rehat dari rutin kerja harian, berinteraksi serta menikmati petang yang penuh dengan aktiviti santai dan menyeronokkan.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah sesi barbeku, karaoke, permainan futsal dan bola jaring, serta sambutan hari lahir bagi pegawai yang lahir pada bulan Oktober.
Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei bersama Badan Eksekutif, Pegawai Kanan serta Pegawai TLDB turut hadir memeriahkan acara yang menonjolkan semangat berpasukan dan kekeluargaan dalam kalangan warga TLDB.
Acara “Stand at Ease” tersebut berakhir dalam suasana ceria dan penuh semangat, meninggalkan kenangan indah serta tenaga baharu untuk kembali melaksanakan tugas dengan lebih bersemangat.
———
THE ROYAL BRUNEI NAVY OFFICERS UNWIND AT “STAND AT EASE” EVENT
MUARA, FRIDAY, 31 OCTOBER 2025 – Officers of the Royal Brunei Navy (RBN) took a well-deserved break from their daily routine during the “Stand at Ease” unwind session held in the afternoon at the Squad Hut near the RBN Officers’ Mess. The event provided an opportunity for officers to relax, recharge, and enjoy a fun-filled afternoon together.
The programme featured various enjoyable activities including a barbeque session, karaoke, futsal and netball games, as well as a special celebration for October birthday celebrants.
Commander of the Royal Brunei Navy, along with members of the RBN Executive Board, senior officers and officers, joined the event which highlighted the importance of camaraderie and teamwork in fostering a positive and united naval community.
The “Stand at Ease” event concluded in a cheerful and lively atmosphere, leaving officers refreshed and rejuvenated for their duties ahead.