MUARA, RABU, 29 OKTOBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Waran TLDB yang melibatkan seramai lapan (08) orang anggota bertempat di Mes PTB Kanan, TLDB.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB. Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TLDB, Ketua Staf, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, PTB Kanan, serta ahli keluarga bagi anggota yang dinaikkan pangkat.
Dalam majlis ini, dua (02) anggota telah dinaikkan pangkat daripada Pegawai Waran Dua ke Pegawai Waran Satu Tetap, seorang (01) anggota daripada Pemangku Pegawai Waran Dua ke Pegawai Waran Dua Tetap, dan lima (05) anggota daripada Bintara Kanan ke Pegawai Waran Dua Tetap.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian insignia pangkat, jamuan ringan, sesi bergambar bersama pegawai-pegawai, dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Kenaikan pangkat ini mencerminkan usaha dan dedikasi setiap individu dalam perkhidmatan, dan pihak kepimpinan TLDB merakamkan ucapan tahniah kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat atas pencapaian signifikan ini. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan, komitmen yang teguh serta integriti dalam perkhidmatan kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) amnya dan TLDB khasnya.
———
PROMOTION CEREMONY FOR WARRANT OFFICERS OF THE ROYAL BRUNEI NAVY
MUARA, WEDNESDAY, 29 OCTOBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) held a Promotion Ceremony for its Warrant Officers, involving a total of eight (08) personnel at the RBN Senior Rates’ Mess, RBN.
The ceremony was officiated by First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy. Also in attendance were the Deputy Commander, Chief of Staff, Senior Officers, Officers, Senior Non-Commissioned Officers, and family members of those promoted.
During the ceremony, two (02) personnel were promoted from Warrant Officer Two to Permanent Warrant Officer One, one (01) personnel from Acting Warrant Officer Two to Permanent Warrant Officer Two, and five (05) personnel from Senior Petty Officer to Permanent Warrant Officer Two.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of rank insignia, light refreshments, group photography, and concluded with the recitation of Doa Selamat.
This promotion reflects the hard work and dedication of each individual, and the leadership of the RBN extends its heartiest congratulations to all those promoted on this significant milestone. It is hoped that this achievement will serve as a catalyst for continued excellence, steadfast commitment, and integrity in service to the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in general and the Royal Brunei Navy in particular.