/e302d0f6-177e-4764-b75e-c391ef0c78ea.jpg)
KOTA KINABALU, 25–27 OkTOBER 2025 — Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Eksesais HORNBILL Siri 30/25 bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dianjurkan oleh TLDM melalui Pemerintah Armada Timur dan berlangsung di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah dari 20 hingga 25 Oktober 2025.
Eksesais ini merupakan salah satu inisiatif di bawah program diplomasi pertahanan antara kedua-dua angkatan laut, yang bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama pertahanan dan keselamatan maritim serantau.
Eksesais pada tahun ini dilaksanakan dalam bentuk Field Training Exercise (FTX) yang melibatkan dua buah kapal TLDB iaitu KDB DARULAMAN dan KDB BERKAT. Melalui pelaksanaan eksesais ini, kedua-dua angkatan laut berjaya mencapai objektif untuk meningkatkan keupayaan interoperabiliti, kemahiran operasi bersama serta memperkukuh kefahaman dalam melaksanakan operasi maritim sebenar.
Panglima Armada Timur TLDM, Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi bin Idris, yang turut hadir semasa eksesais tersebut menekankan bahawa Eksesais HORNBILL merupakan platform penting dalam memperkukuh kerjasama pertahanan serta mempererat hubungan antara TLDM dan TLDB. Turut hadir ialah Pemerintah Armada TLDB, Komander Sonny Iskandar bin Rasani, yang turut mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu sempena pelaksanaan eksesais berkenaan.
Selepas berjaya menamatkan eksesais, KDB DARULAMAN dan KDB BERKAT telah selamat kembali ke Pangkalan Tentera Laut Muara pada 27 Oktober 2025. Hadir bagi menyambut kepulangan kedua-dua kapal ialah Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah TLDB, selaku Tetamu Kehormat majlis. Turut hadir ialah ahli Badan Eksekutif Tentera Laut (BETL), pegawai-pegawai kanan, anggota TLDB serta ahli keluarga.
Kejayaan pelaksanaan Eksesais HORNBILL Siri 30/25 ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha berterusan memperkukuh hubungan pertahanan serta meningkatkan profesionalisme antara TLDB dan TLDM. Ia turut mencerminkan komitmen bersama kedua-dua negara dalam memastikan keselamatan dan kestabilan maritim di rantau ini terus terpelihara.
———
EXERCISE HORNBILL SERIES 30/25 STRENGTHENS DEFENCE DIPLOMACY BETWEEN MALAYSIA AND BRUNEI
KOTA KINABALU, 25–27 OCTOBER 2025 — The Royal Brunei Navy (RBN) participated in Exercise HORNBILL Series 30/25 with the Royal Malaysian Navy (RMN), organised by the RMN through the Eastern Fleet Command at Kota Kinabalu Naval Base, Sabah, from 20 to 25 October 2025.
This biennial bilateral exercise serves as one of the key initiatives under the defence diplomacy programme between the two navies, aimed at strengthening defence cooperation and enhancing regional maritime security.
This year’s exercise was conducted as a Field Training Exercise (FTX) involving two RBN ships, KDB DARULAMAN and KDB BERKAT. The exercise successfully achieved its objectives of enhancing interoperability and operational capabilities between both navies through a series of coordinated maritime drills and warfare scenarios designed to mirror real-world operations.
Eastern Fleet Commander, Vice Admiral Dato’ Khir Junaidi bin Idris, who was present during the exercise, highlighted that Exercise HORNBILL continues to serve as an important platform for advancing defence cooperation and mutual understanding between the RMN and RBN. Also in attendance was Commander Sonny Iskandar bin Rasani, Fleet Commander of the RBN, who undertook a three-day working visit to the RMN Kota Kinabalu Naval Base in conjunction with the exercise.
Following the successful completion of the exercise, KDB DARULAMAN and KDB BERKAT returned safely to Muara Naval Base on 27 October 2025. Present to welcome both ships home was First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy, as the Guest of Honour. The ceremony was also attended by Navy Executive Board members, senior officers, personnel of the RBN, and family members.
The successful execution of Exercise HORNBILL 30/25 marks another milestone in the longstanding collaboration between the Royal Brunei Navy and the Royal Malaysian Navy. It reflects both nations’ shared commitment to strengthening defence relations, enhancing professionalism, and ensuring maritime security within the region.
/a2db5f3d-b4b8-494e-ae9b-0217d569d8cc.jpg)