BOLKIAH GARISON, Ahad, 26 Oktober 2025 – Dua pegawai wanita Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Leftenan Wan Syamimi Alya’a Filzah binti Zulkiflee, TLDB, dan Leftenan Nabilah Sa’adatul Hayat binti Shamsul Hayat, TLDB, meraih tempat pertama dalam kategori 21km Terbuka Perseorangan Wanita dan kategori 10km Terbuka Wanita 31 tahun ke atas semasa Acara Half Marathon dan Larian 10km Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2025 yang berlangsung di Mini Stadium, Bolkiah Garison.
Kejohanan sukan tahunan ini menghimpunkan penyertaan daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), serta Pasukan Gabungan Kementerian Pertahanan yang terdiri daripada warga Markas Angkatan Bersama ABDB (MAB ABDB), Akademi Pertahanan ABDB (AP ABDB) dan Institut Latihan ABDB (IL ABDB).
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pegawai Kanan, Pegawai serta anggota dari pelbagai unit di bawah ABDB.
Kejohanan ini menampilkan tujuh kategori keseluruhan, merangkumi acara 21km dan 10km bagi lelaki dan wanita, termasuk kategori veteran dan berpasukan. TLDB turut menampilkan prestasi cemerlang dengan meraih tempat ketiga keseluruhan bagi kategori lelaki dan tempat keempat keseluruhan bagi kategori wanita.
Selain itu, Laskar Muda Nur Atiqah Tsara binti Rudiman mendapat tempat ketiga dalam kategori 10km Terbuka Wanita 30 tahun ke bawah, diikuti dengan Laskar Muda Mohd Abd Azim bin Haji Sijim yang menduduki tempat ketujuh dalam kategori 20 Terbaik Lelaki Berpasukan, manakala Leftenan Madya Kiara Esmeralda binti Iscramuon, TLDB, memperoleh tempat kelima dalam kategori 10 Terbaik Wanita Berpasukan.
Acara ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, serta memperkukuh semangat berpasukan dalam kalangan warga ABDB dan keluarga mereka. Penyertaan dan pencapaian warga TLDB mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kecergasan fizikal, disiplin dan perpaduan, selaras dengan usaha ABDB dalam memupuk kesejahteraan holistik dalam kalangan warganya.
———
RBN FEMALE OFFICERS TRIUMPH IN RBAF HALF-MARATHON AND 10KM RACE 2025
BOLKIAH GARRISON, Sunday, 26 October 2025 – Two female officers from the Royal Brunei Navy (RBN), Lieutenant Wan Syamimi Alya’a Filzah binti Zulkiflee, RBN, and Lieutenant Nabilah Sa’adatul Hayat binti Shamsul Hayat, RBN, claimed first place in the 21km Female Open (Individual) category and first place in the 10km Female Open (31 years and above) category respectively at the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Half-Marathon and 10km Race 2025, held at the Mini Stadium, Bolkiah Garrison.
The annual championship saw participation from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), and a Combined Team comprising personnel from the Ministry of Defence, Joint Force Headquarters RBAF (JFHQ RBAF), Defence Academy RBAF (DA RBAF), and Training Institute RBAF (TI RBAF).
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces. Also in attendance were Members of the RBAF Executive Committee, Senior Officers, Officers, and personnel from across the RBAF units.
This year’s championship featured seven main categories, including 21km and 10km races for both men and women, as well as veteran and team categories. The Royal Brunei Navy achieved an impressive overall performance, securing third place in the overall male category and fourth place in the overall female category.
Other notable results included Able Rate Nur Atiqah Tsara binti Rudiman, who placed third in the 10km Female Open (30 years and below) category, Able Rate Mohd Abd Azim bin Haji Sijim, who finished seventh in the Top 20 Male Team category, and Lieutenant Junior Grade Kiara Esmeralda binti Iscramuon, RBN, who ranked fifth in the Top 10 Female Team category.
The event served to foster sportsmanship, promote a healthy and active lifestyle, and strengthen camaraderie and teamwork among RBAF personnel and their families. The participation and achievements of RBN personnel reflect the Navy’s continued commitment to physical fitness, discipline, and unity in line with the RBAF’s efforts to promote holistic well-being among its members.



