Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TLDB MENGANJURKAN KEMPEN DERMA DARAH SELAMA DUA HARI SEMPENA ULANG TAHUN JUBLI INTAN TLDB

MUARA, ISNIN-SELASA, 21-22 OKTOBER 2025 – Sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Intan, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menganjurkan Kempen Derma Darah selama dua hari bertempat di RBN Warrant Officers’ Mess.

Kempen ini bertujuan untuk menyokong bank darah negara dengan mengumpul derma darah bagi Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan Jerudong Park Medical Centre (JPMC). Program ini dibukakan kepada semua pegawai dan anggota TLDB bagi menggalakkan penyertaan serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menderma darah sebagai satu bentuk sumbangan kepada masyarakat.

Bagi memeriahkan suasana, beberapa peniaga makanan tempatan turut serta sepanjang kempen dijalankan. Penglibatan mereka bukan sahaja menarik lebih ramai penderma, malah turut menyokong perniagaan kecil tempatan — mencerminkan usaha berterusan TLDB dalam mempererat hubungan dengan masyarakat serta memupuk semangat keprihatinan dan kesukarelawanan dalam kalangan warganya.

———

ROYAL BRUNEI NAVY ORGANISES TWO-DAY BLOOD DONATION CAMPAIGN IN CONJUNCTION WITH ITS DIAMOND JUBILEE ANNIVERSARY

MUARA, MON-TUES, 21-22 OCTOBER 2025 – In conjunction with its Diamond Jubilee Anniversary, the Royal Brunei Navy (RBN) organised a two-day Blood Donation Campaign at the RBN Warrant Officers’ Mess.

The campaign aimed to support the national blood banks by collecting blood for Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital and Jerudong Park Medical Centre (JPMC). Open to all RBN officers and personnel, the initiative encouraged participation and raised awareness on the importance of blood donation as a meaningful contribution to the community.

Adding to the lively atmosphere, several local food vendors were also present throughout the campaign. Their participation not only helped attract more donors but also supported local small businesses, reflecting RBN’s continuous effort to strengthen ties with the community while fostering compassion and volunteerism among its members.​