Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYERTAI BRUNEI DARUSSALAM MARITIME WEEK 2025 (BDMW 2025)

BRIDEX, JUMA'AT, 03 OKTOBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Brunei Darussalam Maritime Week 2025 (BDMW 2025) yang berlangsung selama empat hari di Pusat Persidangan Antarabangsa BRIDEX. Acara ini dianjurkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) melalui Autoriti Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD), dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan, pihak industri, akademia serta organisasi antarabangsa.

Bertemakan “Our Ocean, Our Obligation, Our Action”, BDMW 2025 menekankan kepentingan tanggungjawab bersama dalam menjaga sumber lautan dan memastikan pembangunan maritim yang mampan. Acara ini turut menjadi platform utama yang menyatukan pihak berkepentingan daripada sektor kerajaan dan swasta untuk membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan maritim, ekonomi biru, inovasi hijau, serta teknologi pelabuhan masa hadapan.


Sepanjang minggu tersebut, TLDB telah mengambil bahagian dalam pameran yang menonjolkan peranan angkatan laut dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara, serta menyokong usaha nasional ke arah maritim yang selamat dan lestari. Pameran TLDB turut mengetengahkan inisiatif seperti kesedaran keselamatan laut, pembangunan kapasiti maritim, dan kolaborasi antara agensi dalam pengurusan domain maritim.

Penyertaan TLDB dalam BDMW 2025 mencerminkan komitmen berterusan angkatan laut negara dalam memperkukuh kesedaran maritim, memupuk kerjasama strategik antara agensi, dan menyokong aspirasi Brunei Darussalam ke arah masa depan maritim yang selamat, dan berdaya tahan.

———

ROYAL BRUNEI NAVY PARTICIPATES IN BRUNEI DARUSSALAM MARITIME WEEK 2025 (BDMW 2025)

BRIDEX, FRIDAY, 3 OCTOBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) participated in the four-day Brunei Darussalam Maritime Week 2025 (BDMW 2025) held at BRIDEX, Jerudong. Organised by the Ministry of Transport and Info-communications (MTIC) through the Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD), the annual event brought together government agencies, maritime professionals, academia, youth, and industry players under one common purpose — to strengthen Brunei’s maritime resilience, sustainability, and cooperation.

With the theme “Our Ocean, Our Obligation, Our Action,” the event carried a strong message on the collective responsibility to protect the ocean as a shared heritage and vital resource for economic growth, connectivity, and security. The week featured exhibitions, expert forums, and interactive sessions addressing emerging maritime issues such as sustainable blue economy development, green port initiatives, digitalisation in maritime logistics, and global ship registration opportunities.

Throughout the event, the RBN showcased an exhibition highlighting its critical role in safeguarding Brunei Darussalam’s maritime sovereignty and supporting national initiatives on maritime safety, environmental protection, and inter-agency collaboration. The display also reflected RBN’s contribution towards building public maritime awareness and its continued cooperation with both local and international partners.

The Royal Brunei Navy’s participation in BDMW 2025 underscores its steadfast commitment to enhancing maritime awareness, strengthening inter-agency and regional collaboration, and supporting the nation’s vision for a safer, greener, and more resilient maritime future.