MUARA, ISNIN, 29 SEPTEMBER 2025 – Skuadron Pertahanan Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan perbarisan di Padang Kawad Pangkalan TLDB sebagai acara kemuncak sambutan Hari Ulang Tahun Penubuhannya ke-10.
Seramai 70 anggota Skuadron Pertahanan Pangkalan bersama 25 anggota Pasukan Pancaragam TLDB telah menyertai perbarisan tersebut. Upacara bermula dengan tabik hormat kepada Timbalan Pemerintah TLDB, Kepten Khairil bin Haji Abdul Rahman, TLDB, yang kemudiannya memeriksa perbarisan sebelum menyampaikan ucapan sempena ulang tahun penubuhan tersebut.
Dalam ucapannya, Timbalan Pemerintah TLDB menekankan peranan penting Skuadron Pertahanan Pangkalan sebagai benteng pertahanan yang kredibel dalam mempertahankan Pangkalan Muara. Upacara ini juga menjadi peluang untuk menghargai sumbangan dan khidmat anggota melalui penyampaian anugerah kepada warga skuadron yang cemerlang.
Selain itu, sempena sambutan ulang tahun ini, Skuadron Pertahanan Pangkalan turut menganjurkan Majlis Doa Kesyukuran dan Makan Malam bersama pegawai serta anggota skuadron pada 23 September 2025 yang lalu.
———-
ROYAL BRUNEI NAVY BASE DEFENCE SQUADRON COMMEMORATES 10TH ANNIVERSARY
MUARA, MONDAY, 29 SEPTEMBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) Base Defence Squadron held a parade at the RBN Parade Ground, Muara Naval Base, as the highlight of its 10th Anniversary celebration.
A total of 70 personnel from the Base Defence Squadron together with 25 members of the RBN Band took part in the parade. The ceremony began with a salute to the Deputy Commander of the RBN, Captain Khairil bin Haji Abdul Rahman, RBN, who then inspected the parade before delivering his anniversary address.
In his speech, Deputy Commander RBN underscored the important role of the Base Defence Squadron as a credible line of defence in safeguarding and defending Muara Naval Base. The ceremony also served as an opportunity to recognise the dedication and service of its personnel through the presentation of awards to outstanding members of the squadron.
In conjunction with the anniversary, the Base Defence Squadron also organised a Doa Kesyukuran ceremony and a Dinner with officers and personnel of the squadron on 23 September 2025.