BRUNEI-MUARA, JUMAAT, 26 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan dua kempen membersihkan tanah perkuburan Islam sempena memperingati Jubli Intan TLDB. Aktiviti ini berlangsung serentak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulaie dan Tanah Perkuburan Islam Jalan Residency, yang masing-masing dikendalikan oleh Jabatan Pangkalan dan Jabatan Armada B.
Kempen di Kampung Pulaie dipimpin oleh Yang Mulia Timbalan Pemerintah TLDB, Kepten Khairil bin Haji Abdul Rahman, TLDB. Kempen tersebut juga diadakan bersempena Hari Ulang Tahun Penubuhan Skuadron Pertahanan Pangkalan ke-10. Ia dimulakan dengan Sembahyang Sunat Tahiyyatul Masjid dan Sembahyang Sunat Dhuha di Masjid Kampung Pulaie sebelum pegawai dan anggota TLDB meneruskan pembersihan di tanah perkuburan tersebut. Aktiviti kemudian diakhiri dengan bacaan Tahlil dan Doa di salah satu pusara anggota TLDB.
Sementara itu, kempen di Jalan Residency diketuai oleh Pegawai Pemerintah KDB DARUTTAQWA, Leftenan Komander Mohd Aliashim bin Alias, TLDB. Aktiviti bermula dengan menziarahi pusara Allahyarham Leftenan Kolonel (L) Hj Noeh bin Abd Hamid, Mantan Pemerintah TLDB, sebelum diteruskan dengan pembersihan kawasan perkuburan serta bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa.
Inisiatif ini mencerminkan usaha TLDB dalam memupuk semangat kerjasama serta menanam nilai murni dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warganya, di samping memperingati Jubli Intan TLDB dan Hari Ulang Tahun Penubuhan Skuadron Pertahanan Pangkalan ke-10.
———
RBN HOLDS CEMETERY CLEANING CAMPAIGNS AT KAMPUNG PULAIE AND JALAN RESIDENCY IN COMMEMORATION OF THE RBN DIAMOND JUBILEE
BRUNEI-MUARA, FRIDAY, 26 SEPTEMBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) organised two cemetery cleaning campaigns in conjunction with the RBN Diamond Jubilee. The activities were held simultaneously at the Kampung Pulaie Cemetery and the Jalan Residency Islamic Cemetery, led respectively by the Base Department and Armada B.
The campaign at Kampung Pulaie was led by the Deputy Commander of the RBN, Captain Khairil bin Haji Abdul Rahman, RBN. It was also held in conjunction with the 10th Anniversary of the Base Defence Squadron. The programme began with Sunat Tahiyyatul Masjid and Sunat Dhuha prayers at Kampung Pulaie Mosque before RBN officers and personnel proceeded to clean the cemetery grounds. The activity concluded with the recitation of Tahlil and Doa at the grave of an RBN member.
Meanwhile, the campaign at Jalan Residency was led by the Commanding Officer of KDB DARUTTAQWA, Lieutenant Commander Mohd Aliashim bin Alias, RBN. The activity commenced with a visit to the grave of the late Lieutenant Colonel (L) Hj Noeh bin Abd Hamid, former Commander of the RBN, followed by cemetery cleaning and the recitation of Surah Yassin, Tahlil, and Doa.
These initiatives reflect RBN’s commitment to fostering community spirit while instilling noble values and social responsibility among its personnel, in commemoration of both the RBN Diamond Jubilee and the 10th Anniversary of the Base Defence Squadron.