MUARA, JUMAAT, 26 SEPTEMBER 2025 – Eksesais PELICAN 43/2025, iaitu latihan dua-hala tahunan antara Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Republik Singapura (TLRS), telah berjaya dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam dari 23 hingga 26 September 2025. Latihan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh hubungan profesional serta meningkatkan interoperabiliti antara kedua-dua angkatan laut, sekali gus menggalakkan pemahaman dan kerjasama dalam operasi maritim.
Siri kali ini melibatkan penyertaan Kapal Peronda Kelas AS-SIDDIQ dan Grup Tindakan Permukaan Laut (GTPL) dari TLDB bersama-sama Maritime Security and Response Vessel (MSRV) dan Naval Diving Unit (NDU) dari TLRS, yang mana merupakan penglibatan buat kali pertama unit penyelam dalam latihan ini. Sebelum Majlis Pembukaan, Ketua Delegasi TLRS, Senior Lieutenant Colonel Neville Nah Renli, TLRS, telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Komander Sonny Iskandar bin Rasani, TLDB, Pemangku Pemerintah Armada di Mes Pegawai TLDB. Majlis Pembukaan yang berlangsung di tempat yang sama telah disempurnakan oleh Pemangku Pemerintah Armada dan dihadiri oleh ketua delegasi, pegawai pemerintah kapal, pegawai serta anggota daripada kedua-dua angkatan laut.
Sepanjang empat hari, peserta telah melaksanakan siri latihan bersama merangkumi ship compliant boarding, pemadaman kebakaran dan kawalan kerosakan, di samping perkongsian profesional mengenai amalan operasi dan latihan penyelam. Latihan ini turut dimeriahkan dengan PELICAN CUP yang diadakan di Pantai Muara, menampilkan pertandingan bola tampar, futsal dan tarik tali, dengan TLDB muncul sebagai juara keseluruhan.
Majlis Penutup pula berlangsung di Mess Hall, Mes Pegawai TLDB dan telah dihadiri oleh pegawai kanan, pegawai memerintah kapal, pegawai serta anggota kedua-dua angkatan laut. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Tetamu Kehormat, Senior Lieutenant Colonel Neville Nah Renli, TLRS, yang dalam ucapan penutupnya mengiktiraf kejayaan pencapaian objektif utama Latihan PELICAN 43/2025 – memperkukuh kerjasama, meningkatkan kemahiran serta mengeratkan hubungan. Kedua-dua angkatan laut berhasrat untuk meneruskan siri latihan ini sebagai simbol kerjasama erat dan komitmen bersama terhadap keselamatan maritim serantau.
———
ROYAL BRUNEI NAVY AND REPUBLIC OF SINGAPORE NAVY HELD EXERCISE PELICAN 43/2025
MUARA, FRIDAY, 26 SEPTEMBER 2025 – Exercise PELICAN 43/2025, the annual bilateral exercise between the Royal Brunei Navy (RBN) and the Republic of Singapore Navy (RSN), was successfully conducted in Brunei Darussalam from 23 to 26 September 2025. The exercise serves as a vital platform to strengthen professional ties and enhance interoperability between both navies, fostering greater understanding and cooperation in maritime operations.
This year’s series saw the participation of RBN’s AS-SIDDIQ Class Patrol Vessel and Naval Surface Action Group (NAVSAG), alongside RSN’s MSRV and Naval Diving Unit (NDU), marking the first-time involvement of diving units in the exercise. Prior to the Opening Ceremony, Head of RSN Delegation, Senior Lieutenant Colonel Neville Nah Renli, RSN, paid a Courtesy Call to Commander Sonny Iskandar bin Rasani, RBN, Acting Fleet Commander, at the RBN Officers’ Mess. The Opening Ceremony, held at the same venue, was officiated by the Acting Fleet Commander and attended by delegation heads, commanding officers, officers, and personnel from both navies.
Over the four-day programme, participants engaged in joint serials covering ship compliant boarding, firefighting and damage control, as well as professional exchanges on operational best practices and diver training. The exercise also featured the traditional PELICAN CUP at Muara Beach, where both navies competed in volleyball, futsal, and tug-of-war, with RBN emerging as the overall champion.
The Closing Ceremony, held at the Mess Hall, RBN Officers’ Mess, was graced by Guest of Honour, Senior Lieutenant Colonel Neville Nah Renli, RSN, and attended by senior officers, participating commanding officers, officers, and personnel of both navies. In his closing remarks, he acknowledged that the key objectives of Exercise PELICAN 43/2025 were successfully achieved — enhancing cooperation, developing skills, and building stronger relationships. Both navies look forward to future iterations of Exercise PELICAN as an enduring symbol of close partnership and shared commitment towards regional maritime security.