MUARA, KHAMIS, 11 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah melaksanakan Kempen Membersihkan Masjid sempena Sambutan Jubli Intan TLDB bertempat di Masjid Setia Ali, Kampung Muara. Inisiatif ini menjadi sebahagian daripada aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan TLDB bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan TLDB.
Turut hadir sebagai Pegawai Terkanan adalah Timbalan Pemerintah TLDB, Kepten Khairil Haji Abdul Rahman, TLDB. Turut hadir adalah pegawai-pegawai dan anggota-anggota Markas TLDB.
Sebelum memulakan kempen kebersihan tersebut, anggota Markas TLDB menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid terlebih dahulu dan di teruskan dengan taklimat mengenai pembahagian tugas, disiplin serta aspek keselamatan.
Sepanjang kempen, pegawai dan anggota TLDB bergotong-royong membersihkan persekitaran Masjid Setia Ali, dengan semangat kerjasama serta keikhlasan demi menjaga kebersihan dan kesucian rumah Allah. Aktiviti ini berakhir sekitar dengan sesi bergambar ramai di luar masjid sebelum bersurai. Pelaksanaan kempen ini bukan sahaja mencerminkan nilai kebersamaan dan kepedulian warga TLDB terhadap komuniti setempat, malah meneguhkan semangat ukhuwah Islamiah serta menyemarakkan lagi keberkatan sempena Sambutan Jubli Intan TLDB.
————
RBN HEADQUARTERS ORGANISES MOSQUE CLEANING CAMPAIGN IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI NAVY DIAMOND JUBILEE 1447H/2025M
MUARA, KHAMIS, 11 SEPTEMBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) Headquarters conducted a Mosque Cleaning Campaign in conjunction with the RBN Diamond Jubilee at Setia Ali Mosque, Kampung Muara. This initiative formed part of RBN’s religious and community-oriented activities to enliven the celebration of RBN’s 60th Anniversary.
Present as the Senior Officer was Deputy Commander of RBN, Captain Khairil Haji Abdul Rahman, RBN. Also in attendance were officers and personnel from RBN Headquarters.
Prior to the commencement of the cleaning campaign, RBN Headquarters personnel performed the Sunnah Tahiyatul Masjid prayer, followed by a briefing on task distribution, discipline, and safety measures.
Throughout the campaign, RBN officers and personnel worked hand in hand to clean the premises of Setia Ali Mosque, demonstrating teamwork and sincerity in preserving the cleanliness and sanctity of the house of Allah. The activity concluded with a group photo session outside the mosque before dispersal. The campaign not only reflected the values of solidarity and care of RBN personnel towards the local community, but also strengthened Islamic brotherhood and further enriched the blessings of the RBN Diamond Jubilee celebration.