MASJID KG KAPOK, SABTU 30 OGOS 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) turut mengunjungi Masjid Kampong Kapok, Muara untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, sebagai tanda syukur dan kasih sayang kepada baginda, serta memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Menghadiri Program Masjid angkat ini adalah Yang Mulia Saiful Adli bin Ali Hassan, Penghulu Mukim Serasa, Yang Mulia Mohd Raffi bin Duming, Imam Masjid Kampong Kapok, bersama Takmir Masjid Kampong Kapok, Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota dari jabatan Markas TLDB dan Pangkalan TLDB.
Program ini bermula dengan Solat Fardhu Maghrib, seterusnya Dikir Assalamualaika, Dikir Khairuman, Dikir Alhamdulillah, diteruskan dengan Solat Fardhu Isyak dan di akhiri dengan Dikir Asyraqal Badrualaina.
PROGRAMME MASJID ANGKAT IN COMMEMORATION OF MAULIDUR RASUL 1447H2025M
KAMPONG KAPOK MOSQUE, SATURDAY, 30 AUGUST 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) visited the Kampong Kapok Mosque to commemorate the birth of Prophet Muhammad (PBUH), express gratitude and love for the Prophet as well as to seek blessings from Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Present during the programme was Saiful Adli bin Ali Hassan, Penghulu Mukim Serasa, Mohd Raffi bin Duming, Imam of the Kampong Kapok Mosque, as well as Takmir of the Kampong Kapok Mosque, officers and personnel from RBN Headquarters and Base RBN.
The event began with Fardhu Maghrib prayers, followed by Dikir Assalamualaika, Dikir Bisyari, Dikir Alhamdulillah, Dikir Badatlana, then proceeded with Fardhu Isyak prayers and ended with Dikir Marhaban.