UBD, Rabu, 13 Ogos 2025 –Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) meraikan pencapaian enam pegawai dari Kursus Maktab Turus Pengambilan 14/2024 yang telah berjaya menamatkan pengajian Diploma Lepasan Ijazah Pengajian Pertahanan dan Keselamatan dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), Kelas 2025. Majlis konvokesyen tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pro-Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), yang berkenan mengurniakan sijil kepada para graduan.
Pegawai yang menamatkan pengajian ialah Leftenan Komander Muhamad Adib Izzuddin bin Haji Ramli, TLDB, Leftenan Komander Hasmalie bin Awg Haji Ahmad, TLDB, Leftenan Komander Husaini bin Haji Mohd Sofian, TLDB, Leftenan Komander Pengiran Muhd Saifullah Abd Azim bin Pengiran Abdullah, TLDB, Leftenan Komander Shahrul Idham bin Haji Bungsu, TLDB, dan Leftenan Komander Hasmin bin Haji Hashim, TLDB.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan TLDB terhadap Professional Military Education (PME) dalam memperkukuh pengetahuan, kepimpinan dan pemikiran strategik dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Kejayaan seumpama ini bukan sahaja menyumbang kepada perkembangan profesional pegawai, malah turut memperkukuh keupayaan dan kesiagaan Tentera Laut Diraja Brunei serta Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks pada masa kini.
———
SIX ROYAL BRUNEI NAVY OFFICERS AWARDED CERTIFICATES AT THE 37TH UBD CONVOCATION
UBD, Wednesday, 13 August 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) proudly celebrates the achievement of six officers from Command and Staff Course (CSC) 14/2024 who have successfully graduated with the Graduate Diploma of Defence and Security Studies from University Brunei Darussalam (UBD), Class of 2025. The convocation ceremony was graced by His Royal Highness Prince (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office and Pro-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam (UBD), who presented the certificates to the graduates.
The graduating officers are Lieutenant Commander Muhamad Adib Izzuddin bin Haji Ramli, RBN, Lieutenant Commander Hasmalie bin Awg Haji Ahmad, RBN, Lieutenant Commander Husaini bin Haji Mohd Sofian, RBN, Lieutenant Commander Pengiran Muhd Saifullah Abd Azim bin Pengiran Abdullah, RBN, Lieutenant Commander Shahrul Idham bin Haji Bungsu, RBN, and Lieutenant Commander Hasmin bin Haji Hashim, RBN.
This milestone reflects the Royal Brunei Navy’s steadfast commitment to Professional Military Education (PME), fostering knowledge, leadership, and strategic thinking in defence and security studies. Such accomplishments not only contribute to the professional development of individual officers but also strengthen the overall capability and readiness of the Royal Brunei Navy and the Royal Brunei Armed Forces in addressing today’s evolving security challenges.