MUARA, SELASA, 12 OGOS 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada peserta program yang dikendalikan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, yang merangkumi 90 pelajar sekolah dan 30 orang pengawas.
Sesi lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pegawai TLDB bertempat di Mes PTB Kanan diikuti dengan tayangan video korporat dan persembahan dari Pejabat Pancaragam TLDB. Rombongan turut berpeluang bergambar ramai sebagai kenang-kenangan.
Lawatan turut dimeriahkan lagi dengan pameran statik yang dikendalikan oleh Jabatan Pertahanan Pangkalan, Grup Tindak Permukaan Laut, Sekolah Operasi Maritim dan Sekolah Teknikal Maritim, yang menampilkan aset serta keupayaan jabatan masing-masing.
Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke kapal KDB DARUSSALAM untuk sesi lawatan kapal bagi pengenalan ringkas mengenai sistem dan fungsi utama kapal-kapal tersebut. Para pelajar turut berpeluang menyaksikan persembahan boarding daripada Grup Tindak Permukaan Laut, yang mempamerkan kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan operasi.
Lawatan ini menjadi pengenalan awal kepada generasi muda dalam memupuk pengetahuan, membangkitkan semangat dan mencetuskan idea bernas ke arah pembangunan diri dan kemajuan negara, di samping membuka minda serta memberi inspirasi terhadap dunia ketenteraan laut, sekali gus menyemai minat dan meningkatkan kefahaman mereka mengenai peranan TLDB dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.
———
YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH VISITS THE ROYAL BRUNEI NAVY
Muara, Tuesday, 12 August 2025 - The Royal Brunei Navy (RBN) welcomed participants of a programme organised by Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, comprising 90 school students and 30 monitors.
The programme began with a welcome address by an RBN officer at the Senior Rates Mess, followed by of a corporate video presentation and a musical performance by the RBN Band. The group also had the opportunity to take a group photo session as a memento.
The visit was further enlivened by static displays presented by the Base Defence Department, Naval Surface Action Group, Naval Operations School, and Naval Technical School, showcasing each department’s assets and capabilities.
The delegation then proceeded to KDB DARUSSALAM for a guided ship tour, providing a brief introduction to the systems and main functions of the vessel. During their time onboard, the students also witnessed a boarding demonstration by the Naval Surface Action Group, highlighting their skills and expertise in carrying out the operation.
The visit served as an early introduction for the younger generation in fostering knowledge, inspiring enthusiasm, and generating innovative ideas towards personal growth and national development, while broadening their horizons and inspiring interest in the naval profession, ultimately enhancing their understanding of the RBN’s role in safeguarding the nation’s maritime sovereignty.