MUARA, SELASA, 5 OGOS 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima kunjungan daripada Sekolah Rendah Tanjong Kindana yang berlangsung selama dua hari berturut-turut, iaitu pada 4 Ogos bagi Kluster 1 seramai 67 orang dan pada 5 Ogos bagi Kluster 2 seramai 63 orang.
Atur cara bagi kedua-dua hari dimulakan dengan ketibaan rombongan di Dewan Samudera, TLDB, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada pegawai TLDB. Seterusnya, para pelajar berpeluang merakamkan gambar ramai sebelum penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan. Lawatan diteruskan dengan mengunjungi pameran statik oleh Pertahanan Pangkalan dan Grup Tindakan Permukaan Laut, diikuti lawatan ke kapal KDB AL-FARUQ dan KDB AS-SIDDIQ sebelum bersurai.
Lawatan ini diadakan bagi memperkenalkan TLDB, khususnya peranan dan kemudahan yang dimiliki, sebagai tanda aras kepada generasi belia pada masa hadapan. Ia diharapkan dapat memperkaya pengetahuan, memupuk semangat cintakan negara, serta mencetuskan idea-idea bernas yang akan membentuk mereka sebagai pemangkin kemajuan dan pelapis kepimpinan negara.
———
ROYAL BRUNEI NAVY WELCOMES VISIT FROM TANJONG KINDANA PRIMARY SCHOOL
MUARA, TUESDAY, 5 AUGUST 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) welcomed a visit from Tanjong Kindana Primary School, held over two consecutive days, on 4 August for Cluster 1 with 67 participants, and on 5 August for Cluster 2 with 63 participants.
The programme for both days began with the arrival of the delegation at Dewan Samudera, RBN, followed by a welcoming address from an RBN officer. The students then had the opportunity for a group photo before the presentation of souvenirs as tokens of appreciation. The visit continued by exploring the static displays by the Base Defence Department and the Naval Surface Action Group, followed by ship tours onboard KDB AL-FARUQ and KDB AS-SIDDIQ before concluding.
The visit aimed to introduce the RBN, particularly its roles and facilities, as a benchmark for the younger generation in shaping their future. It was also intended to enrich their knowledge, foster patriotism, and inspire fresh ideas that will nurture them into catalysts for progress and future leaders of the nation.