Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TLDB MENGUNGKAYAHKAN KEMPEN MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN ISLAM SEMPENA HUT ABDB KE-64

BANDAR SERI BEGAWAN, RABU, 6 OGOS 2025 – Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-64 tahun, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengungkayahkan fasa pertama Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan di empat lokasi iaitu Tanah Perkuburan Serai Pimping, Tanah Perkuburan Kampong Kianggeh, Tanah Perkuburan Kampong Tamoi, dan Tanah Perkuburan Kampong Manggis. Kempen ini merupakan salah satu inisiatif di bawah program jangkauan masyarakat.


Turut hadir di Tanah Perkuburan Kampong Kianggeh ialah Komander Sonny Iskandar bin Rasani, TLDB, Ketua Staf TLDB. Selain itu, ahli Badan Eksekutif TLDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota TLDB, serta ahli keluarga arwah turut hadir di lokasi masing-masing.

Aktiviti ini menjadi wadah bermakna bagi warga TLDB untuk memberi penghormatan kepada bekas anggota ABDB yang telah kembali ke rahmatullah, yang diserikan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil, dan Doa Arwah. Kempen ini merupakan sebahagian daripada Program Jangkauan Masyarakat yang bertujuan memperkukuh nilai-nilai kerohanian, memupuk kerjasama dalam kalangan warga laut, serta menggalakkan semangat untuk terus berbakti kepada masyarakat.

———

RBN CONDUCTS CEMETERY CLEANING CAMPAIGN IN CONJUNCTION WITH RBAF’S 64TH ANNIVERSARY

BANDAR SERI BEGAWAN, WEDNESDAY, 6 AUGUST 2025 – As part of the Royal Brunei Armed Forces’ (RBAF) 64th Anniversary, the Royal Brunei Navy (RBN) conducted the first phase of its Cemetery Cleaning Campaign across four locations namely Serai Pimping Cemetery, Kampong Kianggeh Cemetery, Kampong Tamoi Cemetery, and Kampong Manggis Cemetery. The campaign serves as an initiative under its community outreach programme.

Commander Sonny Iskandar bin Rasani, RBN, Chief of Staff RBN, also attended the campaign at Kampong Kianggeh Cemetery. In addition, members of the Naval Executive Board, RBN Senior Officers, Officers, personnel, as well as family members of the late personnel, were also present at the respective locations.

The activity served as a meaningful occasion for RBN personnel to pay tribute to former RBAF members who have passed away, marked by the recitation of Surah Yassin, Tahlil, and Doa Arwah. The campaign forms part of RBN’s Community Outreach Programme, which seeks to strengthen spiritual values, foster teamwork among naval personnel, and inspire continued service to the community.