Skip Ribbon Commands
Skip to main content

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LEBIH 600 PELAJAR BAGI PROGRAM LAWATAN PENDIDIKAN AKHIR TAHUN

PANGKALAN MUARA, JUMAAT, 14 NOVEMBER 2025 — Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) pada minggu ini telah menerima kunjungan daripada beberapa buah sekolah rendah dan menengah ke Pangkalan Muara, melibatkan sejumlah 687 orang guru dan murid. Sekolah-sekolah yang hadir ialah Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Sekolah Rendah Muhammad Alam, Sekolah Menengah Chung Ching, Sekolah Rendah Mabohai, Sekolah Rendah Kampong Mata-Mata, Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab, Sekolah Rendah Dato Marsal (termasuk Pendidikan Khas CAKNA), Sekolah Rendah Beribi Telanai, Sekolah Rendah Dato Ratna Haji Mohd Jaafar, Sekolah Rendah Labi, Sekolah Rendah Lumapas (Kluster 1), dan Sekolah Rendah Tunas Jaya PGGMB Kuala Belait.​



10 ANGGOTA TLDB TAMAT KURSUS PIPE MAJOR, KURSUS DRUM MAJOR, KURSUS PERANTARAAN MUZIK, KURSUS ASAS MUZIK DAN KURSUS ASAS SERUNAI DAN TAMBUR 2025

BOLKIAH GARISON, KHAMIS, 13 NOVEMBER 2025 – Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Pipe Major, Kursus Drum Major, Kursus Perantaraan Muzik, Kursus Asas Muzik dan Kursus Asas Serunai dan Tambur bertempat di Dewan Konsert Wira Seni, Pancaragam ABDB, Bolkiah Garison. Kursus-kursus ini telah dijalankan mulai 06 Januari hingga 13 November 2025, melibatkan seramai 10 anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang kesemuanya telah berjaya menamatkan latihan dengan jayanya.




MEMPERKUKUH PERKONGSIAN MARITIM: TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA MENGAKHIRI MESYUARAT NAVY-TO-NAVY TALKS KE-11

KD SRI GOMBAK, KUALA LUMPUR | 13 NOVEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Navy-to-Navy Talks (N2NT) ke-11 pada 13 November 2025 bertempat di KD SRI GOMBAK, Kuala Lumpur. Mesyuarat tahunan ini menjadi platform penting bagi kedua-dua buah tentera laut untuk memperkukuh kerjasama dua hala, meningkatkan interoperabiliti, serta mengukuhkan hubungan maritim yang telah lama terjalin.​



TLDB – ADF ANJUR MARITIME SECURITY & LAW DIALOGUE DI BAWAH INDO-PACIFIC ENDEAVOUR 2025 (IPE25)

BOLKIAH GARISSON, 13 NOVEMBER 2025 — Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), bersama Angkatan Pertahanan Australia (ADF), baru-baru ini telah menganjurkan Maritime Security & Law Dialogue sebagai sebahagian daripada Indo-Pacific Endeavour 2025 (IPE25) yang berlangsung pada 12–13 November 2025 bertempat di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SHHBIDSS), Bolkiah Garison. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama keselamatan maritim, perkongsian maklumat serta pemahaman strategik antara kedua-dua negara, dengan fokus kepada cabaran maritim yang semakin berkembang di rantau Indo-Pasifik.

CERAMAH BAHAYA PENYALAHGUNAAN DADAH PERKUKUH KESEDARAN WARGA TLDB

PANGKALAN MUARA, RABU 12 NOVEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) pagi tadi telah mendengarkan ceramah kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah yang disampaikan oleh Biro Kawalan Narkotik (BKN).






View all News

November 2025 Expand All   Collapse All  |   Day   Week   Month
SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
26
27
28
29
30
31
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
1
2
3
4
5
6