MUARA NAVAL BASE, MONDAY, 2 FEBRUARY 2026 - The Royal Brunei Navy (RBN) held a Nisfu Syaaban Ceremony at Surau Al-Huda, Muara Naval Base, to commemorate Malam Nisfu Syaaban 1447H.
Present at the ceremony was Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy, as the Guest of Honour. Also in attendance were members of the RBN Board of Executives (BETL), Senior Officers, Officers and personnel of the Royal Brunei Navy.
The ceremony commenced with the performance of the Maghrib prayer in congregation, followed by the Sunat Hajat prayer and the recitation of Surah Yaasin three (03) times. The first recitation was intended to seek good health and longevity from Allah Subhanahu wa Ta‘ala so as to increase devotion and good deeds; the second recitation was intended to seek blessings and an increase in sustenance (rizq); while the third recitation was intended to seek steadfastness in faith and a good ending (Husnul Khotimah). The ceremony concluded with the performance of the Isya’ prayer in congregation.
The month of Syaaban is a significant and highly regarded month in the Islamic calendar, as Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam (SAW) was known to observe frequent fasting during this month. This practice serves as a reminder for Muslims to enhance their spiritual preparation and physical readiness in anticipation of the forthcoming holy month of Ramadhan.
---------
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT NISFU SYAABAN 1447 HIJRAH
Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Sambutan Nisfu Syaaban 1447 Hijrah di Surau Al-Huda, TLDB, Muara, bersempena Malam Nisfu Syaaban 1447H/2026M.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Badan Eksekutif Tentera Laut (BETL), Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta warga TLDB.
Majlis dimulakan dengan solat Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan solat Sunat Hajat serta bacaan Surah Yaasin sebanyak tiga (03) kali. Niat bacaan Surah Yaasin yang pertama adalah untuk memohon kesihatan dan umur yang panjang agar dapat memperbanyakkan ibadah; bacaan kedua adalah untuk memohon agar rezeki dikurniakan dan diberkati; manakala bacaan ketiga adalah untuk memohon keteguhan iman serta dikurniakan Husnul Khatimah. Majlis diakhiri dengan solat Fardu Isya’ berjemaah.
Bulan Syaaban merupakan bulan yang penuh keberkatan dan antara bulan yang dimuliakan dalam kalendar Islam, di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam (SAW) sering memperbanyakkan amalan berpuasa. Amalan ini wajar dijadikan contoh kerana ia bukan sahaja meningkatkan ketakwaan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, malah membantu mempersiapkan diri bagi menyambut bulan suci Ramadhan yang bakal tiba.